Isi skor PAJSK sekolah anda —
daripada satu Excel.
Panel sisi Chrome untuk guru. Import Excel kolaboratif (satu baris satu murid), isi kelas demi kelas secara automatik, dan semak semula dengan data pelayan selepas setiap simpanan.
Pas Sesi 2026 · Sah hingga 31 Disember 2026 · Chrome, Edge, Brave, Opera.
Bezanya jelas
Borang satu-satu → satu Excel, semua kelas
Kerja mengisi PAJSK yang berulang untuk berpuluh murid × beberapa komponen kini bermula daripada satu template Excel yang dikongsi semua guru aktiviti.
Ciri-ciri
Semua yang perlu untuk siapkan PAJSK
Bukan satu lagi tool dengan senarai ciri panjang. Hanya jimatkan masa di tempat yang paling menyakitkan.
Import Excel kolaboratif
Satu template untuk semua guru aktiviti. Nama murid diselesaikan daripada roster sekolah — tiada IC bertaip tangan.
Isi & sahkan automatik
Kelab, Sukan, Badan Beruniform dan Ekstra Kurikulum. Selepas Simpan, extension membaca semula data pelayan — bukan sekadar percaya mesej "Berjaya".
Laporan BM per kelas
Siapa berjaya, siapa dilangkau, dan sebabnya — sedia untuk salin ke WhatsApp panitia.
Cara guna
Tiga langkah
Dari log masuk hingga siap, jauh lebih pantas daripada cara manual.
Muat naik Excel kolaboratif
Log masuk SPPB (moeissppb.moe.gov.my), buka panel sisi PAJSK Helper, dan muat naik template Excel yang sudah diisi guru-guru aktiviti (satu baris satu murid).
Panel padan & isi automatik
Panel memadan setiap murid ikut IC dan kelas, lalu mengisi Kelab, Sukan, Badan Beruniform dan Ekstra Kurikulum ikut data dalam Excel — komponen demi komponen, murid demi murid.
Simpan, sahkan, kelas seterusnya
Selepas setiap simpanan, extension membaca semula data pelayan dan tanda ✓/✗. Untuk kelas anda yang lain, panel terus mengikut rantaian kelas tanpa kembali ke senarai.
Simpan & Sahkan
Setiap murid dapat tanda hijau
Mesej "Berjaya" tidak cukup. PAJSK Helper membaca semula dari SPPB untuk pastikan skor benar-benar tersimpan.
- Baca semula Kelab, Sukan, Badan Beruniform dan Ekstra Kurikulum selepas simpan
- Tanda ✓ disahkan atau ✗ perlu semak untuk setiap murid
- Anda tahu apa yang benar-benar tercatat di SPPB
Harga
Satu pas, satu sesi persekolahan.
Pas Sesi 2026 membuka penggunaan penuh PAJSK Helper untuk sepanjang sesi persekolahan semasa.
Pas Sesi 2026
- Kelab/Persatuan, Sukan, Badan Beruniform, Ekstra Kurikulum
- Import Excel kolaboratif (semua guru aktiviti)
- Isi & sahkan automatik — baca semula data pelayan
- Laporan BM per kelas
- Satu kunci, satu peranti
PAJSK Helper ialah alat bantuan pihak ketiga yang dibina secara bebas. Ia TIDAK berafiliasi, ditaja, atau disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM/MOE) atau sistem SPPB. Pembayaran melalui Billplz (FPX); kunci lesen dihantar ke emel anda selepas bayar dan diaktifkan dengan menampalnya ke dalam panel extension.
Soalan lazim
Soalan lazim
Semua yang anda perlu tahu sebelum bermula.
PAJSK Helper ialah extension Chrome (panel sisi) yang membantu guru mengisi skor PAJSK — Kelab/Persatuan, Sukan, Badan Beruniform dan Ekstra Kurikulum — di sistem SPPB (juga dikenali MOEIS atau IDME), terus daripada satu Excel kolaboratif yang dikongsi semua guru aktiviti.
Tidak. PAJSK Helper ialah alat bantuan bebas yang dibina oleh Cikgu Davin, dan tidak berafiliasi, ditaja atau disahkan oleh KPM/MOE atau sistem SPPB. Ia hanya menulis melalui butang "Simpan" SPPB yang sebenar, dan tidak pernah menekan "Hantar" atau "Sahkan" secara automatik.
Chrome, Edge, Brave, dan Opera (semua pelayar berasaskan Chromium). PAJSK Helper ialah extension komputer, jadi ia tidak berfungsi pada telefon atau Safari.
Ya. Nama dan No. Kad Pengenalan murid yang dibaca daripada halaman SPPB serta Excel anda sendiri kekal dalam pelayar anda dan tidak pernah dihantar ke mana-mana pelayan selain SPPB. Pelayan lesen hanya menerima kunci lesen, satu ID peranti rawak, dan versi extension — tiada data murid. Baca dasar privasi penuh.
Pas Sesi 2026 ialah RM19, sekali bayar, sah hingga 31 Disember 2026. Satu kunci terikat pada satu peranti.
Beli di pajsk.davinhub.com/beli melalui Billplz (FPX). Anda akan terima kunci lesen melalui emel. Tampal kunci itu ke dalam panel PAJSK Helper dan klik "Aktifkan".
Tidak. PAJSK Helper hanya menulis melalui butang "Simpan" SPPB dan tidak pernah menekan "Hantar" atau "Sahkan" secara automatik. Kelas anda tidak akan dikunci.
Saya bina PAJSK Helper untuk aktiviti dan kelas saya sendiri dahulu — hadap borang SPPB, tanda checkbox satu-satu untuk berpuluh murid merentasi Kelab, Sukan dan Badan Beruniform, sambil cuba ingat medan mana yang wajib.
Sekarang bahagian itu bermula daripada satu Excel yang dikongsi semua guru aktiviti, dan disahkan semula terus daripada data pelayan selepas setiap simpanan. Saya kongsi dengan guru-guru lain di Malaysia supaya masa itu boleh dikembalikan kepada murid, bukan kepada borang.
Sokongan
Ada soalan? Hubungi terus.
Saya balas peribadi. Tiada chatbot, tiada tiket nombor.